Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH SANDAKAN TAHUN 1437H.

January 9, 2016

bundesliga

musa aman

Penulis Dato Dean Fst.

SANDAKAN – Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Sandakan berlangsung hari ini 09 Jan 2016 bersamaa 28 Rabi Al-Awwal 1437 H dengan Tema ” Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.

Perarakan Maulidur Rasul bermula dari padang Bandaran  menuju Masjid Daerah Sandakan seawal 9.00 pagi tadi. Perarakkan Maulidur Rasul ini di ketuai oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman, Ketua Menteri Sabah dengan diiringi YB Datuk Hj Jakariah Hj.Idris (Menteri Sabah) merangkap ADUN Gum-Gum, YB Datuk Juslee Ajirul, Ahli Parlimen Libaran, YB Datuk Mejar (K) Hj.Samsudin Yahya, ADUN N.43 Sekong , Presiden MPS Datuk Ir.James Wong dan Timbalan Presiden serta semua ketua – ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan Sandakan.

“YAB Datuk Musa Aman dalam ucapannya beliau amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpahnya beliau bersama masyarakat Sandakan sekali dapat bersama menyambut Maulidur Rasul 1437 H peringkat Daerah Sandakan,”

“Tema sambutan Maulidur Rasul kali ini Perpaduan Nadi Transformasi Negara  amat berhubung kait dengan masa depan generasi muda. Ini kerana harapan kita terletak kepada generasi muda yang akan memacu kejayaan lebih gemilang pada masa hadapan, tekanan beliau juga pontensi golongan muda di Negeri ini perlu digilap dan diperkasakan lagi melalui peningkatan ilmu dan kemahiran,” Kata Datuk Musa.

Dalam masa sama, Datuk Musa juga berkata sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita mengenang dan mencontohi kejayaan Rasulullah SAW dalam aspek membina perpaduan ummah selaras dengan matlamat kita untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah Negeri yang aman, maju dan makmur. Dalam konteks ini, tentunya generasi modal insan yang berilmu dan berkualiti merupakan elemen penting yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan Ummah dalam semua bidang dan kesejahteraan masyarakat pada keseluruhan.

Menurutnya beliau lagi, umat islam sudah memiliki panduan yang jelas bukan sahaja melalui Al- Quran dan Hadis, bahkan dari sejarah baginda Rasulullah SAW juga kita boleh mengambil iktibar apa yang di lakukan beliau.

Pada sambutan ini, Tokoh Maal Hijrah peringkat Daerah dinobatkan kepada Datuk Hj Alipudin OKK Hj.Puyon, manakala Tokoh Maal Hijrah wanita di nobatkan kepada Yang Arif Puan Taherah Tahir.

“Terdapat lima kategori pertandingan telah di pertandingkan oleh pihak penganjur kali ini, Sepanduk, Disipilin perbarisan, Kompang dan anggota paling ramai,”

Sehubungan itu, Datuk Musa berharap kepada masyarakat Sandakan, agar dapat mengambil ikhtibar dan meluangkan masa dan menyertai sambutan seumpama ini di masa – masa akan datang dan meraikan sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments