Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

KEMUNCULAN SULTAN PALSU DARI BORNEO MENULAR KE MELAKA.

January 10, 2016

bundesliga

PicsArt_01-10-07.52.33

Ditulis oleh Anonymous

Semenjak ISA di mansuhkan di gantikan SOSMA, Kemunculan Sultan -Sultan palsu berleluasa. Bermula dari tanah Sabah tuntutan oleh Sultan Sulu, telah menular ke semenanjung Negeri Melaka.

Seperti yang di war-warkan ‘Mereka ini betul-betul gila hingga mengelarkan diri mereka ” Bonda Ratu”.

Berikut kenyataan “Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyifatkan dua individu yang mendakwa diri mereka berketurunan raja dan pewaris takhta negeri Melaka sebagai gila kuasa sehingga sanggup menjadikan negeri ini sebagai bahan jenaka”.

Menurut beliau lagi, tindakan kedua-dua individu yang menggelar diri mereka sebagai Sultan Melaka dan Bonda Ratu itu, bukan saja tidak diterima rakyat di negeri ini, malah di peringkat negara dan antarabangsa.

“Saya kira, mereka ini orang gila termasuklah Bonda Ratu atau siapa pun yang berkaitan dengannya sebagai individu gila kuasa, gila takhta atau pun betul-betul gila,” katanya.

Menurutnya, negara sudah 59 tahun merdeka dan ada Perlembagaan yang menyebut secara jelas tentang negeri-negeri Melayu, sembilan negeri yang mempunyai raja dan sultan, manakala Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak pula mempunyai Yang di-Pertua negeri masing-masing.

“Zaman ini, mana ada lagi orang yang hendak tuntut takhta. Cubalah bawa bertenang dan ingat tuhan, kepada siapa kuasa itu hendak diberikan dan daripada siapa pula kuasa itu yang nak ditarik semula adalah ditentukan tuhan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Idris turut mengucapkan tahniah kepada polis kerana kecekapan mereka mengambil langkah proaktif mengekang kejadian yang boleh memalukan negara.

Kelmarin, seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang menggelarkan dirinya Bonda Ratu dan pasangannya ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sebuah rumah banglo di Sungai Rambai, Jasin, kira-kira jam 2 petang.

Wanita tersebut yang mendakwa dirinya sebagai Raja Kerinchi Tinggi Sumatera, Indonesia merancang mengadakan majlis penganugerahan pingat di negeri ini, hari ini.

Sementara, seorang ahli perniagaan, Raja Noor Jan Tuah, 58, turut mengadakan majlis penganugerahan pingat kebesaran baru-baru ini yang kini masih dalam siasatan pihak polis.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments